Quantcast
Channel: c-mi – Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Pemansuhan Subsidi RON95 Dan Diesel Tidak Akan Bawa Inflasi

$
0
0

Pemansuhan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel tidak akan membawa kesan inflasi terhadap ekonomi negara memandangkan harga minyak mentah global sedang jatuh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau menggambarkan langkah itu sebagai “satu perkembangan yang sangat positif” bagi ekonomi kerana pengguna akan mendapat manfaat daripada harga lebih rendah.

“Sudah pasti ini satu perkembangan yang sangat positif.

“Ia juga membantu kerajaan dari segi beban subsidi dalam bajet,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Perkhidmatan Korporat SWIFT di Kuala Lumpur yang diperluas, di sini Isnin.

Acara itu disempurnakan oleh Puteri Astrid dari Belgium.

Ditanya mengenai dasar monetari yang akan disemak semula susulan pelaksanaan sistem pengapungan terkawal terhadap harga bahan api itu, Zeti berkata bank pusat perlu melihat kesan keseluruhan mengenai risiko inflasi dan perkembangan lain dari segi pertumbuhan.

“Ini dua faktor utama yang akan kita lihat dalam jangka sederhana. Buat masa ini ia tidak mengubah unjuran,” katanya.

Jumaat lepas kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditentukan menerusi mekanisme pengapungan terkawal bermula 1 Dis.

Kerajaan juga mungkin mempertimbang memperkenalkan subsidi bersasar berdasarkan pendapatan pada kemudian hari jika harga minyak kembali meningkat. Langkah itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan menangani kenaikan kos sara hidup.

— BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 33