Quantcast
Channel: c-mi – Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

7 Tanda Mengapa Anda Perlu Menjual Hartanah Sekarang

$
0
0
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Adakah anda bercadang untuk menjual hartanah?

Mungkin ramai dikalangan pembaca Drumah.com telah memiliki beberapa buah rumah dalam tempoh beberapa tahun yang lepas. Mungkin juga, ada diantara pelabur dan pemilik hartanah yang sedang berkira-kira untuk menjual hartanah mereka, tapi dalam masa yang sama, rasa ragu-ragu adakah baik menunggu atau menjualnya sekarang?

Ikut kata hati mati, ikut kata rasa pula binasa.

Itulah kata-kata perumpamaan yang sesuai apabila anda tidak sedar akan hal ini. Oleh itu, disini saya sertakan beberapa sebab, mengapa anda perlu membuat keputusan sekarang untuk menjual hartanah yang di beli dahulu.

Adakah berbaloi menunggu?

1. Apabila hartanah yang anda beli tiba-tiba menjadi bebanan (liabiliti) dan sukar untuk di selengara. Ianya mungkin satu tanda telah tiba waktunya anda menjual hartanah anda.

2. Dalam sesetengah keadaan, mungkin hartanah itu dirasakan terlalu tinggi kosnya untuk di baik pulih.

3. Mungkin pada hari ini, hartanah yang kita beli beberapa tahun dahulu telah tidak sesuai atau “matching” dengan keperluan kita. Adakah ahli keluarga telah bertambah?

Mungkin lebih sesuai cari ruang yang lebih besar untuk keluarga… Sebab itu perlu dijual hartanah ini.

4. Tempoh persaraan hampir tiba. Adakah anda akan bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi… jika itu yang di alami, itu satu tanda anda perlu menjual hartanah anda.

3. Faktor kejiranan: Ianya adakah faktor terpenting. Berkemungkinan persekitaran kediaman hari ini sudah tidak sesuai untuk membesarkan anak – anak. Kejiranan kita terlalu banyak bangsa asing? Adakah kejiranan yang kita tinggal sekarang ini banyak kejadian jenayah? Pengaruh yang kurang sihat? – Komuniti ini mungkin tidak sesuai dengan kita. Jadi, ianya adalah satu lagi tanda mengapa anda harus menjualnya.

4. Telah bertukar tempat kerja? Memandangkan lokasi tempat kerja anda hari ini telah jauh dari lokasi bekerja, ianya satu lagi sebab mengapa anda perlu menjualnya. Sebaik-baiknya anda mencari lokasi hartanah yang berdekatan dengan tempat kerja. Ini kerana kos kenderaan seperti minyak dan tol dapat di kurangkan. – Sudah pasti tinggal di lokasi yang berdekatan akan banyak memudahkan dan menjimatkan dalam tempoh masa yang panjang.

5. Pada tahun ini, anda kehilangan kerja. Ianya sesuatu yang tidak baik didalam kewangan anda. Tetapi anda perlu meneruskan hidup juga. Oleh itu, jangan biarkan hartanah ini menjadi bebanan kepada anda.

6. Anda telah berpisah dengan pasangan. Ianya satu yang sukar bagi menentukan milik siapakah hartanah ini walaupun anda yang membayar kepada pihak bank. Jalan yang sering di lakukan oleh pasangan yang terpisah adalah dengan menjualnya agar keuntungan dari penjualan tersebut akan dibahagikan sama-rata dan pasangan dapat hak mereka masing-masing.

7. Hartanah anda hendak di lelong oleh pihak bank. Ianya satu hal yang paling genting dan perlu di ubati segera. Jika keadaan ini terjadi kepada anda, adalah lebih baik cepat-cepat menjualnya. Kerana hal ini akan merosakkan reputasi anda sebagai peminjam. Jangan panik, bertenang, dan jika anda berada di lembah klang, anda boleh menghubungi En. Mohd di talian 016-2034402 untuk bantuan. Beliau akan bantu sedaya upayanya atau kurang-kurang, menjernihkan rekod anda dengan pihak bank bagi mengelakkan hartanah anda dari di lelong.

Sekian sahaja, Semoga berjaya pelabur semua!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 33