Quantcast
Channel: c-mi – Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Khabar Angin Mengatakan Pinjaman Hartanah Akan di Turunkan Sehingga 60%?

$
0
0
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak andaian dan pelbagai spekulasi di jaja oleh akhbar dan pengamal media-media tempatan membincangkan pelbagai berita tentang hartanah hari ini.

Pelbagai respond dari forum dan ruang komentar menjadi padang untuk menghentam pelbagai rancangan polisi untuk industri hartanah.

Sejak beberapa minggu lepas pelbagai khabar angin yang mungkin boleh disahkan tepat di terima oleh pasukan Drumah.com dari orang dalam Maybank Islamic Bank. Khabar anginnya adalah:-

Rancangan untuk menaikkan Cukai Untung Hartanah (RGPT):

1. Hartanah yang di jual di dalam tempoh 2 tahun pertama akan akan di kenakan cukai sebanyak 30%.

2. Hartanah yang di jual di dalam tempoh 3 tahun pertama pula, akan akan di kenakan cukai sebanyak 15%.

3. Manakala hartanah dalam tempoh 4 tahun pertama akan akan di kenakan cukai sebanyak 15% juga.

4. Jumlah pinjaman akan di turunkan sehingga 60% jika anda membeli hartanah buat kali ketiga.

5. Cukai Duti Setem akan di naikkan sehingga 5% dari harga jualan untuk mereka yang membeli hartanah buat kali ketiga.

6. Pada mereka yang membeli hartanah buat kali keempat, Anda bakal di kenakan cukai Duti Setem sebanyak 7.5% tahun hadapan.

7. Untuk pelabur-palabur “Savvy” pembelian hartanah anda apabila ia mencecah ke angka lima pada tahun hadapan, Setiap pembelian anda selepas itu akan di kenakan cukai sehingga 10%. Ini bermakna jika anda membeli hartanah pada nilai RM 1 Juta. Anda perlu membayar RM100,000 sebagai cukai.

Menarik bukan? Adakah polisi baru ini jika di laksanakan kelak bakal mengekang spekulasi hartanah? Atau adakah polisi baru ini akan membuatkan harga hartanah yang sedia tinggi ini semakin melonjak naik?

Mari kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi nanti.

Semoga berjaya pelabur semua!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 33